Puchong, Selangor, 23 Mei 2009- Islamic Relief Malaysia (IRM) hari ini telah mengadakan Majlis Perasmian & Penyerahan `Projek Perpustakaan Rumah Anak Yatim’ bertempat di Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong, Selangor.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Yayasan `Joseph William Yee Eu’ iaitu YBhg. Dr.Khoo Boon Khean selaku penaja utama projek ini. Turut hadir ke majlis ini adalah Pengurus Negara, Islamic Relief Malaysia, YBhg. Encik Zawahir Che Abdullah dan YBhg. Puan Rabaah Aziz, Pengerusi Rumah Amal Limpahan Kasih. Program ini juga turut disertai oleh sukarelawan-sukarelawan Islamic Relief Malaysia.
Projek Perpustakaan Rumah Anak Yatim merupakan salah satu daripada projek tempatan Islamic Relief Malaysia. Projek unik yang mensasarkan satu rumah anak yatim satu perpustakaan ini merupakan antara bantuan kemanusiaan yang disalurkan melalui pendidikan. Melalui projek ini , pihak IRM berusaha untuk mengumpul dana bagi membeli buku-buku yang bermutu untuk kegunaan rumah-rumah anak yatim di seluruh Malaysia. Sesuai dengan prinsip bantuan kemanusiaan Islamic Relief, projek perpustakaan ini terbuka kepada semua rumah anak yatim yang kurang berkemampuan, tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan ideologi.
Terima kasih kepada masyarakat Malaysia yang prihatin, usaha murni Islamic Relief Malaysia ini telah mendapat perhatian daripada sebuah pertubuhan iaitu Yayasan `Joseph William Yee Eu`. Pihak yayasan telah sudi untuk membuat penajaan penuh terhadap sebuah perpustakaan di Rumah Amal Limpahan Kasih yang dianggarkan bernilai lebih RM 20,000.
Sejak 14 tahun yang lalu, yayasan berkenaan telah membantu pelajar – pelajar miskin untuk meneruskan pelajaran daripada peringkat pra-sekolah sehingga ke peringkat universiti. Tadika Fatima di Jln Klang Lama, Asrama St.Theresa di Kota Marudu,Sabah dan Asrama Butitin Nabawan di Sabah. Selain daripada itu,Yayasan Joseph William Yee Eu turut memberi bantuan bursari tahunan kepada pelajar-pelajar miskin di peringkat kolej dan universiti. Tahun lepas sahaja, yayasan tersebut menaja seramai 20 orang pelajar dengan bantuan bursari tahunan sebanyak RM6000 setiap seorang.
Melalui majlis yang istimewa ini, Sebanyak 1000 naskah buku yang terdiri daripada buku bahasa Melayu tinggi dan juga buku bahasa Inggeris yang merangkumi buku untuk rujukan ilmiah serta bacaan umum telah ditempatkan di dalam perpustakaan di rumah kebajikan ini. Selain itu, pihak Islamic Relief Malaysia juga turut menyediakan satu set ensiklopedia edisi pelajar untuk rujukan anak-anak yatim tersebut. Buku-buku ini telah disaring oleh komuniti IRM bagi memastikan hanya buku-buku yang bersesuaian dan mempunyai nilai-nilai murni terbaik saja yang disediakan bagi memberi manfaat kepada 60 orang anak yatim di rumah tersebut.
Menurut En.Zawahir, Pengurus Negara Islamic Relief Malaysia, ‘kami percaya dengan adanya perpustakaan seumpama ini maka ia sedikit sebanyak dapat mendidik anak-anak yatim tersebut untuk menimba ilmu pengetahuan yang akan dapat memberi manfaat kepada kehidupan mereka untuk beroleh kejayaan dimasa hadapan. Kami di Islamic Relief Malaysia melihat perkara ini untuk jangka masa panjang. Pemantauan secara berkala akan dibuat keatas projek perpustakaan `Rumah Amal Limpahan Kasih’ bagi memastikan penyediaan perpustakaan tersebut akan memberi manfaat kepada mereka’.
Selain daripada itu, pihak Islamic Relief Malaysia turut mengadakan pelbagai aktiviti bersama-sama anak yatim tersebut. Aktiviti ini melibatkan penyertaan seramai 20 orang sukarelawan Islamic Relief Malaysia. Aktiviti yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk membolehkan anak-anak yatim tersebut untuk berinteraksi dengan para sukarelawan. Pada aktiviti ini, semua kanak-kanak diberi peluang untuk bercakap mengenai cita-cita, hobi dan impian mereka, mereka juga bebas untuk menyuarakan pendapat mereka dan ahli kumpulan lain akan mendengar dan memberi perhatian. Kempen ini turut mendapat sokongan daripada radio IKIM.FM melalui slot Secangkir Kasih yang ke udara setiap hari Jumaat pukul 11.30 pagi.
Sebarang bantuan yang ingin dihulurkan, orang ramai boleh melayari laman web rasmi Islamic Relief Malaysia iaitu www.irm.org.my atau menghubungi pihak Islamic Relief Malaysia di talian 03-89486334.
| Â | Â | |||
| Â | Â | Â | Â | Â |
| Â | Â | Â | Â | Â |
Dikeluarkan oleh  Islamic Relief Malaysia(IRM). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Farouq ZaujiÂ
Ditalian  03-89487339, Faks 03-89487339 atau Email: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it


